Tuesday, 1 December 2015

Dosa aku setinggi gunung, tuhan tak sayang aku?

Letaknya dimana?

Fuhh fuhhh *tiup sambil tutup hidung
Makin berhabuk..

Memang update setahun sekali kot. *uhuk

Hai year 3, *jerit
padahal dah minggu kelapan.
first posting adalah O&G
kira okay la, but sebab jantina kat ic lelaki, so dia jadi akward, sementelahan walaupun niat untuk belajar, tapi wujud perbezaan jantina etc, tapi takpe, anggap as dugaan.sebab yakin tuhan itu adil. mungkin saat ni penuh cabaran esok lusa tak siapa tahu.

bila dah start clinical ni, banyak berjumpa cerita-cerita, kes demi kes diselak dan diamati.
Kerap kali tertanya-tanya, kerap kali berapa kasihan.
tetapi semua penjelasan tetap rahsia Allah, kenapa dan mengapa Dia menguji hambaNya begitu.

ada satu cerita.
bila mana aku kena clerking untuk cari bahan untuk assignment yang hendak dihantar, met up with this 40 + lady, recently diagnosed with penyakit yang terpaksa aku rahsiakan.
dia terus berkata yang tuhan tak sayangkan dia dan bersikap kejam.
Bila aku tanya kenapa, dia mengaku yang mudanya penuh kelalaian, penuh alpa dan saat dia mula sedar, dia di sahkan mengidap penyakit sebegitu. 
aku kata " beruntunglah puan kerna tuhan masih sayang, tuhan mahu puan kembali kepadaNya"
dan dia menjawab, dimana sayangnya bila dia dibiarkan terseksa. 
dan dia menangis, bertanya sama ada dia akan sembuh.
tetapi aku bukan tuhan. aku tak tahu. aku juga tak pasti sama ada aku masih ada esok ataupun lusa.
cuma aku cuba meredakan gundahnya, 
mcm mana jika orang baik, yg cukup amalnya, yang cukup solatnya diduga dgn terminal illness , apakah kerna tuhan benci kepadanya.
dia diam, dan terus diam, dan bila esok, aku temui dia , dia mula ceria, dan esoknya aku datang, aku dapat tahu  yang dia sudah discharge.  aku tahu dia kuat, cuma aku bukan tuhan utk mengetahui untung nasibnya. 
Semoga Allah memberkati perjalanan kita, selama mana kita hidup.
dengan izinNya

Saturday, 6 June 2015

Gugur lagi satu cinta

Dalam keluh kesah nak buat persediaan untuk final exam yang agak-agak tinggal sebulan
sampai khabar yang kembalinya sahabat yang aku kira terbaik pernah aku ada.

Kami kenal,
bukan sebab sama kelas,
bukan sama sekolah,
bukan sama tarikh lahir

tapi kami berkongsi kisah yang sama,
kira-kira beberapa tahun yang lepas,
dia kehilangan sepupu manakala aku kehilangan seorang sahabat.
lama tak muncul, sampailah tahun lepas, dia muncul kembali.

kira-kira, baru rapat balik selepas bertahun-tahun tak jumpa.
Dia kelakar,
Pendengar yang baik,
Dia tak kisah nak kawan dengan sesiapa pun,

aku suka kacau dia sebab dia tak pandai cakap bahasa melayu betul
bapak dia je orang sini, mak dia "omputih"
Sebab kan dia bermastautin di luar negara, so dia ni open sikit
bab-bab kawan, dia tak pernah kisah, dengan laki pun rapat kaw kaw.
mula-mula aku tak selesa sebab orang meleis skeptical sikit, kalau org laki ni kamceng sangat.
tapi dia buat tak kisah je.

Dulu rajinlah dia teman-teman aku study dengan skype.
obviously lah aku tak study, dah muka dia terpampang kat panel skrin komputer.
Selalu cakap yang dia tak pandai sebab tu tak amik medic,
padahal dia study business , haram satu pun aku tak faham.
kiteorang berbeza, tapi saling melengkapi.
Then , kiteorang makin sibuk, dia main bola, pergi sana sini
aku pun sibuk *acah-acah je
so jaranglah contact.
sebab kami tahu, kiteorang tetap ada sama sendiri
sampailah
5/6/2015
pukul lapan lebih malam tu, mak dia call
kata dia masuk hospital dah dua minggu sebab pneumonia
dan malam tu dia makin lemah
aku pun macam sedih jugak
terus teringat yang dia ada kongsi surah Al-anbiya ayat 35
Aku yang masih ada sisa-sisa migrain pagi sebelum tu, terus rasa nak rebah
so aku decide aku tidur
Malam tu, aku terima satu lagi call.
kata dia dah takde
Sedihnya aku, tuhan sahaja yang tahu.
Hilang lagi orang yang aku sayang.
Rasa tak rasional malam tu, aku punggah semua hadiah dia, letak kat tepi bantal
semata-mata nak rasa dia masih ada bersama dengan aku.

Hidup mesti diteruskan,
rasa macam kebetulan sangat kau kena penyakit yang sama aku buat seminar masa sem satu dulu.
Semoga tenang ya disampingNya
nanti kita jumpa lagi kalau diizinkan Allah
Aku sayang kau
sahabat dunia, InshaaAllah sahabat sampai syurga
Ana uhibbukafillah


Wednesday, 29 April 2015

Tahun 2 .ZzzZZZzzzzzz

Assalamualaikum.
hahahaha.
blog ni setahun sekali je ke update.
sangatlah lol.

Apa nak buat, sibuk benar.
Sibuk menguruskan hati lebih daripada tanggungjawab untuk belajar
*Lempang diri sendiri

Basically, medic senang.
kalau kau terurus dan tak menzalimi diri sendiri (eg:tak study)
boleh je nak keluar bagai
tapi kena achieve target la dik.

contoh: nak tengok movie.
habiskanlah slide dalam 4 subtopik ke, baru keluar.
tak habis tak boleh keluar.
*tapi aku tak buat pun . Sobs
tapi yang terurus tu penting,
pernah try utk separuh sem and alhamdulillah, gred meningkat lebih daripada target.

yang penting usaha
Allah tak pernah zalim.
cuma manusia je banyak zalim kat diri sendiri.
Semoga kita akan melangkah lebih hebat lagi.
dan semoga hari esok lebih baik daripada hari ini
Maybe lepas ni, aku cuba rajinkan diri update2 blog ni, bersawang dah gua tengok.
lol.

Saturday, 2 November 2013

Langkah Pertama, Ijazah pertama, di Bulan Pertama.


Assalamualaikum

hai semua . *lambai-lambai

sekian lama tidak menjenguk ruangan ini, di saat perjalanan kehidupan seakan dirantai dengan masa yang tak pernah sesaat berhenti untuk menunggu kita.

Alhamdulillah,
sudah sebulan perjalanan bersama-sama sebahagian sahabat didalam keluarga besar MBBS Msu
bererti sudah sebulan kaki ini bertapak diruang dimensi kehidupan baru sebagai seorang  mahasiswa.

Perasaan selepas sebulan?

segalanya sukar diterjemah dalam kata-kata, tetapi sebulan ini sudah cukup semua rasa
masam
manis
masin
semua bercampur menjadi satu
kadang-kadang terasa lemah namun kekuatan dan semangat itu datang kerana hadirnya kurniaan daripadaNya. :')
Teringat masa zaman-zaman di asrama dulu

"Hidup zaman belajar persis berada didalam kuali, asalnya mentah bahannya, namun selepas tambahnya gula, garam, cuka,
Akhirnya hidangan yang sedap tersedia. Semua ini teraplikasi dalam kehidupan kita."

"tembikar yang kuat dan berkualiti terhasil daripada pembakaran suhu tinggi"
Apakah kita manusia tidak mampu, sedangkan kita ada punya tempat mengadu yang sentiasa mendengar doa-doa siang dan malam.
*dush T T

Rasa hati tak mungkin ditolak, disaat ada saja bisikan yang cuba meruntuhkan benteng hati dan menerbitkan sesal seakan akan menyalahkan takdir.
"oh, mengapa berakhir disini"
"wah bestnya merantau negara orang"
wah itu wah ini,
dan sesal mula terbit dalam hati.
Cepat-cepat sapu air mata dan berhenti, kerana Allah tahu apa yang terbaik buat diri
#peringatan untuk diri

Kini melangkahlah dengan pasti,
misi menjadi mahasiswa pilihan, teman tak dibiarkan dibelakang
berjalan seiring kehadapan
walaupun biarpun berjuta halangan tersedia, ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita..

Misi berbakti di jalan Allah tak dilupakan,
tak punya kekuatan untuk bertempur dibarisan hadapan,
biar sahaja menjadi penyokong yang menaikkan.

biar tak ketahuan, asalkan hati mekar dan harum berjuang keranaNya
mari bakal-bakal pengamal perubatan, kita betulkan niat kita keranaNya
semoga kita berjaya
Dengan IzinNya,







Tuesday, 1 October 2013

SELAMAT Maju JAya Sahabat Opto


Setelah sekian lama bercuti, memanjakan diri tanpa sebarang aktiviti menglibatkan penggunaan otak secara maksimum, kini kembali membawa misi, menyambung impian dalam usaha mengejar cita dan cinta sebagai Encik Tabib <--- tiru luqmey
Sebelum bercerita terus mengenai detik-detik pertama bergelar 
pelajar medik MSU, terlebih dahulu ingin mencoret luahan hati dan kata-kata kepada sahabat yang tercinta yang pada saat ini jauh dimata,

 terpisah diantara dua benua, 

berbeza ruang masa,

 namun dihati kalian tetap ada..


Selesai sahaja orientasi hari pertama di MSU, diri sudah berada dipersimpangan dilema sama ada mahu turut serta menyertai MARA 12 yang lain untuk hadir dan mengucapkan selamat tinggal. Malah belum pun diri ini berangkat pergi tetapi angkatan divisi air mata sudah beberapa kali.. hahahahaha..

Tetapi hati bersyukur kerana disaat akhir pertemuan tiada lagi airmata yang tumpah melainkan harapan agar sahabat yang disayangi, mungkin tak salah dikatakan sebahagian daripada ahli keluarga MARA 12 yang berangkat ke UK ini akan terus kuat menghadapi cabaran dan pulang sebagaimana yang diimpikan.

Putaran masa tak pernah berhenti dan kita tahu yang mana 3 tahun tempoh masa itu tidak lama, lambat laun kita kan bertemu lagi. Teruskan usaha, jangan pernah rasa keseorangan dan kalah, Kerana Allah telah menitipkan kalian dengan keluarga dan sahabat. Doa sentiasa ada untuk kalian.

Selamat Maju Jaya Semua…


Semoga Allah mempertemukan takdir kita sekali lagi.. Dengan izinNya

Sunday, 1 September 2013

Malaysia Negara yang Merdeka..

Tapi kita?


lama jugak dah bertandang dan mencoret walaupun sepatah dua disini gara-gara kesibukan dunia..
berada disini kerana edisi khas sempena kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai.

Merdeka..
mudah untuk kita sebut, tapi tahukah kita susahnya untuk pemimpin - pemimpin dahulu memperolehkannya.
kita bukan tak tahu, tapi kita memilih untuk tidak mengingatinya.
memang benar, kita menyambutnya setiap tahun, tapi dalam bentuk perlakuan bagaimana.. 
fikirkanlah...

"semalam pulang selepas bekerja, perjalanan melewati masa memperlihatkan ramai muda mudi berdedai-dedai menuju destinasi yang diri aku pun tak pasti.. apakah putih ataupun hitam. apakah murah nilai sayang dan cinta kerana mudah saja dipertaruhkan atas nama kemerdekaan.. kita lupa.
detik 12 mlm, bergema dentuman-dentuman, cahaya menghiasi dada-dada langit.
lantas teringat, pernah suatu ketika. dlm situasi yg sama , seorang tua menangis, kerana teringat kisah lampau yang penuh derita, ketika kemerdekaan belum milik kita..
Hari ini Hari Merdeka,
tidak salah kita tururt memerdekakan diri kita daripada belenggu persepsi dan terus hanyut dalam keamanan yg dicetuskan perwira dahulu. kerana kita juga bertanggungjawab. meneruskan legasi kemerdekaan dan keamanan negara.
doakan juga Saudara-saudara kita yang masih berjuang."

kita bersorak sorai tapi masih ada antara kita yang saat dan ketika ini masih lagi menangis terbelenggu dan terpenjara dalam neraka dunia..
teruskan berdoa kepada saudara-saudara kita
diseluruh dunia, agar kemenangan berada dipihak kita.. dengan izinNya

Friday, 21 June 2013

Pihak Benar dan Antonimnya

Kerana kehidupan penuh warna warni


Persoalan yang telah lama terkubur tetapi muncul kembali disanubari hati tatkala mendengar pengalaman saudaraku
pergolakan antara dua pihak dalam melaksanakan usahasama antara dua organisasi berbeza yang dicetuskan dua pihak yang tidak satu hatinya untuk melaksanakan amanah tertanggung diatas diri mereka.
tetapi itu bukan persoalannya,
persoalannya kenapa kita perlu berbeza persepsi dan perlu berhasad dengki,sedangkan kita hanyalah hamba yang hina yang dikurniakan nikmat yang pemberiannya hanya sementara kerana yang kekal hanyalah Allah yang maha Berkuasa.

kita sering melihat didalam televisyen misalnya, wujud dua golongan, yang baik dan antonimnya. yang baik memang dilihat baik, namun yang jahat itu merasakan dirinya baik, entah kenapa. Apakah perasaan ingin selalu menang membuatkan kita sentiasa merasakan diri kita betul walaupun pada hakikatnya waktu dan ketika itu, jalan yang disusuri gelap tanpa cahaya.
susah untuk mentafsir hati-hati yang sentiasa sahaja berbisik sama ada kerana mengingatkan Allah mahupun berbisik mengenai dunia yang menawarkan seribu bahagia yang dibelakangnya tersirat tipu daya.

disaat menekan kehidupan pihak yang benar, yang jahat ini lantas menyatakan apa yang dilakukan mereka adalah benar dan tidak salah sama sekali

kerana apa?
kerana kita tenggelam dalam hasutan dan menghijabkan diri kita daripada memandang yang benar. kerana kehidupan kadang kala tidak memberikan kita pernyataan yang terang, hal ini demikian kerana, Allah memberikan peluang kepada kita menggunakan nikmatNya untuk berfikir dan menilai mengikut jalanNya bukan kerana terdorong dek hawa nafsu yang membakar dan terus menyala marak didalam hati.

Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita melalui situasi begini, berada didalam satu pihak antara dua pihak berbeza. sama ada menjadi penyokong pihak pertama mahupun menjadi yang kedua.
jangan cepat menjatuhkan hukuman dunia disaat kita belum menilai, bukan sahaja yang kedua, tetapi menilai juga sudut pihak yang kita berada dan keputusan akan dapat diambil.
kerana sepakat itu membawa berkat.

Benar dan Salah , pasangan yang sangat erat, laksana peperiksaan, ada jawapan yang benar dan yang salah. dan kita harus belajar untuk menjawab soalan tersebut. begitu juga dengan kita didunia ini.

Kerana Allah sentiasa bersama kita, mohonlah agar hati-hati kita yang lemah ini, tidak akan dibolak-balikkan dan sentiasa berada dijalan Allah sehingga terpisahnya jasad dan nyawa.
kerana Allah maha Pengasih dan Penyayang.
Dengan izinNya kita akan berjaya.
Amin.