Dan kita berada di dimensi dan sudut pemikiran yang mana?
Kehidupan menyajikan begitu banyak pemandangan dan peristiwa dalam kita menempuh hari-hari mendatang. Setiap orang mempunyai jalan cerita masing-masing pada satu-satu hari itu, sejak celiknya mata sehingga pejamnya mata kembali dimalam hari.
persoalannya? Adakah kita mempelajari sesuatu ataupun segala memori itu kelak terkubur tanpa sebarang manfaat buat diri. Semua terletak di tangan kita.
pengalaman kerja baharu sementara mempersiapkan diri untuk lima tahun mendatang membuka minda dimana, pekerjaan ini mendedahkan diri dengan gelora hidup masyarakat sekarang disaat dunia semakin kejam membadai kehidupan.
Dimana pekerjaan baharu sebagai juruwang ( cadangan mak )
dianggap sebagai persediaan untuk berkhidmat dengan masyarakat kelak membuka satu lagi peluang untuk diri ini mendalami sedikit sebanyak suka duka insan yang berada disekeliling kita.
Biarpun tidak sampai sebulan menggunakan tulang empat kerat ini, tetapi terasa masak dengan karenah keji dan murni yang tersemai dalam jiwa-jiwa disekeliling kita.
Disaat yang kaya terus berkira kerana mahu menghimpun kekayaan, dan yang miskin juga berkira, untuk memastikan kelangsungan hidup sehingga masuknya gaji yang mendatang.
*kisah satu
A: pakcik semuanya RM 56.15
B: hei dik, kenapa harga ni macam ni, mahal. penipu eah, kat dalam tulis lain, kau scan harga lain. penat-penat kerja, duit habis nak ditipu je lah yea. sepatutnya harga RM 56 je.
dan selepas campur tangan SV, ternyata kesalahan jatuh dipihaknya gara-gara salah melihat risalah promosi.
Dan perbezaan 15 sen itu, menyebabkan kesesakan sementara dikaunter, warga emas lelah kerana berdiri lama, anak kecil meraung kerana kehausan, kerana 15 sen yang dikatakan haknya sebagai pengguna. Hak itu tak disangkal namun jika perhiasan terhias indah lengkap busana daripada yang terbaik kenapa harus bertindak sedemikian rupa.
*kisah dua
disaat diri ini terkial-kial menekan kekunci untuk memasukkan harga "mark down"
( penurunan harga bagi barangan yang sudah tidak segar lagi, tetapi masih elok )
terdengar suara kegembiraan anak-anak kecil disaat melihat udang, ayam dan ketam bunga yang dibeli ayah mereka.
" yea yea, makan sedap , makan sedap "
ya jujur katakan hati terasa sebak dan empangan air mata seakan tidak mahu menahan peningkatan mendadak paras air mata saat itu.
si ibu tertunduk, mungkin malu dengan aku.
yang si ayah, mengusap kepala anak-anaknya dan berkata kepada aku yang masih lagi terkial-kial
( belum mahir katanya )
" maaflah dik, dah lama dia minta, tapi pak cik baru gaji, itu pun ini je pakcik mampu. kalau beli yang masih segar, alamatnya tak berduitlah kelak hujung bulan nanti. "
diri ini tersentak,yang diri terasa mampu saat dan ketika itu, hanyalah senyuman,. tak terluah kata dan tak lancar rasa lidah berbicara waktu itu
kerana walaupun dihimpit kesempitan hidup dikawasan bandar, hati seorang ayah dan ibu tak mampu menolak hasrat keinginan anak yang disayangi. Mereka terpaksa berkira dengan membeli yang ada bukan kerana kedekut tetapi untuk berjimat sehingga tibanya imbuhan gaji yang mendatang. dimasa yang sama untuk mengembirakan hati-hati kecil yang masih belum mengenal erti kehidupan.
terlihat perbezaannya
Antara dua darjat yang berbeza
Sesusah mana pun kita, kita harus ingat yang ada orang yang jauh lebih merasai derita daripada kita. maka bersyukurlah.
Sesenang mana pun kita, kita harus ingat yang ada orang yang jauh daripada merasai ruang dan peluang yang kita rasai, maka bersyukurlah.
Yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama hambaNya yang sentiasa mengingatiNya.
Berusaha dan terus berusaha kerana Allah.
Dan segala apa yang dikurniakan, ucaplah syukur dan belajar melihat penderitaan agar kelak kita tidak menjadi lupa diri andai diuji dengan kesenangan harta dan sebagainya.
disaat sibuk berlari mengejar cita dan mungkin juga cinta (bagi sesetengah ) berhentilah dan belajar melihat sekeliling. bukan untuk menambahkan beban dihati, tetapi sebagai semangat untuk berjaya demi membantu mereka yang memerlukan.
Dan segala yang kita lakukan hanya kerana Allah.
dengan izinNya jua
firman Allah "dan bersyukurlah kamu, nescaya Aku akan tambah nikmat kepadamu." :)
ReplyDeleteakan tetapi ramai diantara kita yang tidak mengerti dan terus berjalan megah di dada dunia..
Delete