MARA 12, antara menzahirkan atau menyembunyikan cinta..
Perkenalan kami berlaku dalam keadaan yang mengejutkan disaat diri ini seakan direntap daripada suatu landasan selesa dan berpindah dan memulakan hidup baru di Shah Alam, yang asing lagi merungsingkan hati.
tetapi disinilah perkenalan itu berlaku, berlaku dibawah minda paras sedar sehingga suatu ketika hati menafikan kehadiran kalian adalah satu anugerah dan membawa satu lagi lembaran kehidupan yang penuh warna warni.
18.6.2012
pendaftaran masuk angkatan divisi pertama,
bersama melengkapkan orientasi bersama, ya semua penuh warna warni , penuh kegembiraan sehingga saat ini juga masih mampu membayangkan suasana dimana masing-masing penuh semangat dan sudah terzahir rasa persahabatan biarpun ruang lingkup waktu perkenalan kita waktu itu tidaklah selama mana.
namun waktu itu, hati masih terbelenggu sesal yang panjang.
kemudian kehadiran divisi kedua melengkapkan keluarga besar penghuni hostel seksyen 15.
dan keriuhan kian terasa di dalam bas MSU dan dirumah-rumah ( rumah lelaki, "all access" )
dimana kita bersama berjuang merentas masa nan mendatang tanpa berhenti sesaat pun, berjuang bersama setiap semester biarpun berdepan dengan pelbagai ranjau kehidupan dan permasalahan .
( Awak semua tahu maksud saya :p )
sehinggalah saat-saat akhir waktu kita bersama.
sehingga saaat akhir itu, diri masih dalam kata dua, menzahirkan ataupun menyembunyikan sahaja cinta yang mekar dihati. keputusan dibuat, cinta itu kusimpan dan tak mahu ditunjukkan kerana tidak mahu rasa itu dikotori debu dunia dan dibawa pergi oleh angin kebencian.
juga kerana waktu itu takut kehilangan, kerana takut kehilangan membuatkan diri cuba membataskan ruang memori bersama, agar hati tak merintih pedih disaat kalian berlalu dan tak kembali lagi untuk mengisi ruang hati yang kalian tinggalkan.
saat itu, itulah yang bermain sepanjang tahun, berperang dengan refleksi diri sama ada mahu memberikan peluang ataupun sebaliknya.
kini, sedar yang mana segala hakikat merupakan ketentuan ALLAH, kerana jodoh kita bertemu dan berhimpun dibawah nama MARA12...
Selamanya kita satu keluarga bukan, dan kelak jika kita tak punya jodoh untuk bertemu lagi, jangan risau, Allah sudah memberikan ruang dan peluang untuk mencipta memori bersama.
dan memori itu akan terus hidup dan mekar. kerana
karangan memori menerbitkan sejambak cinta yang tak mungkin terungkai, tersimpul rapi bagai dipateri...
biarpun kini jauh terpisah, dipisahkan sempadan negeri dan kelak benua, tetapi memori ini yang menghidupkan kisah-kisah lama yang terhimpun dan tetap bermain di ruang hati, disaat hati merintih kerinduan.. Mara 12
biarpun kini jauh terpisah, dipisahkan sempadan negeri dan kelak benua, tetapi memori ini yang menghidupkan kisah-kisah lama yang terhimpun dan tetap bermain di ruang hati, disaat hati merintih kerinduan.. Mara 12
Semoga kasih yang tercipta tak mungkin terungkai. Terima kasih dan
khususnya buat sahabat optometri yang kelak pergi jauh meninggalkan, Doa sentiasa mengiringi kalian. Selamat Tinggal Cinta,
semoga Allah sentiasa melindungi kita, tidak kira atas landasan mana kita berada selagi kita mencuba mencari keredaannya .Maafkan atas segala salah dan silap andai terguris hati dan perasaan, kerana diri ini bukan manusia sempurna, hanya seorang hamba yang hina,
*maaf fuu sebab menculik gambar anda....

No comments:
Post a Comment