Thursday, 13 June 2013

Mata & Hati

Apa yang terlihat dimata tak semestinya turun ke hati....

 Perjalanan seharian melewati waktu , mengisi memori tentang pengalaman tidak kira suka atau duka.
Dan memori itu terisi disaat dunia yang dikejar ini, divisualkan melalui mata.

Namun kemanakah destinasinya?
dijalanan benar ataupun terhijab dek kerana hati terhalang daripada mentafsir kebenaran.

kerana apa persoalan ditimbulkan kerana ramai diantara kita memandang sahaja tetapi tidak sudi mentafsirkan, seterusnya mengambil iktibar dalam meneruskan hidup yang mendatang.

Kita dikaburi dengan nikmat dunia dan juga permainan disebalik agenda yang tersembunyi. Kita tidak lagi mahu memikirkan yang tersembunyi tetapi menerima yang tersaji.. Namun benarkah yang jelas itu benar dan sahih..
tetapi bagaimana "kebenaran selalu tersembunyi" boleh timbul.
persepsi sentiasa mempercayai sumber yang tidak tahu hujung pangkalnya inilah yang membuatkan gejala fitnah berleluasa.
kerana apa diri mengetahui kerana pernah juga terjatuh dilembah yang sama.
kerana dibaluti dengan cinta terhadap dunia, segala yang indah dimata menjadi dambaan, khidmat hati diberhentikan dan kerana itu tiada tafsiran yang mana 

dan hanyut dalam ilusi yang panjang tidak bertepian. Saat kehidupan memang indah waktu itu tetapi kesannya tidak lama kerana hakikat memudarkan fantasi. hakikat kehidupan tak semudah yang kita lihat, dan kerana itu bersihkan hati dan kita akan lihat yang dunia ini tak semudah ABC, tak semudah lewat masa dahulu ketika kita seronok berkejar-kejaran dan bermain sembunyi -sembunyi.
kita harus belajar cara  menyelaraskan tugas mata dan hati ,kelak mata hati kan terbuka dan belajar bahawa dunia ini persinggahan sementara dan satu anugerah dimana kita menyemai benih-benih kebaikan yang akan kita tuai kelak dan tempat kita belajar mengenai pengalaman kehidupan.

Dugaan yang diterima kita tak semuanya sama, tetapi segala dugaan yang kita terima bersesuaian dengan kemampuan kita kerana Allah itu maha Adil dan tidak akan sesekali menzalimi hambaNya kecuali kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri.

Jangan cepat terpesona dengan visual mata kerana mata yang paling terdedah dengan fitnah dunia, bukalah pintu hati agar mata dapat dibantu menterjemahkan segala yang diterima agar kita tidak hanyut dan karam dipertengahan perjalanan.
Jagalah mata dan jagalah hati, agar mata hati kita akan terpelihara dan dapat melihat dengan penilaian yang lebih terperinci. Agar tidak mudah mencela disaat berada diatas takhta kehidupan dan berputus harap bagai dunia tiada lagi cahaya tatkala berada dipertengahan derita.

Kerana Allah sentiasa bersama kita.
semoga doa-doa kita diterima dan dimakbulkan olehNya.
Dengan IzinNya jua


No comments:

Post a Comment